Artikel Learning Outcomes 6 : Raise the awareness of the bridging mechanism that facilitate educational transition for individuals with special needs.

Kenali dan kita pasti cintai..
Pernah tak anda berbual dengan ibubapa murid anda? Dan cuba untuk memahami mengapa sukar baginya untuk menerima bahawa anaknya adalah anak istimewa. Dan begitu mudah bagi kita memberi kesimpulan bahawa si ibubapa ini tidak mahu menerima hakikat bahawa anaknya bermasalah.
Kesukaran ibubapa tidak mahu menerima anak mereka adalah istimewa terutamanya bagi kanak-kanak Autisma, ADHD atau lembam yang secara fizikalnya kelihatan normal bukan kerana mereka TIDAK MAHU MENERIMA sebaliknya MEREKA TIDAK TAHU dan MUNGKIN TIDAK MAHU AMBIL TAHU.
Peranan di pihak kita bukan untuk memberi ajar..namun kita berperanan untuk memberi panduan dan dorongan untuk si ibubapa ini mengenali dan mengendalikan anak mereka.
Berdasarkan pengalaman, sukarnya mereka menerima bahawa anak mereka adalah istimewa memandangkan mereka merujuk kepada pengalaman sendiri dan juga orang terdekat mereka. Contohnya, anak yang pertama katanya juga nakal, hyper dan lambat bertutur. Namun selang beberapa tahun semuanya normal sepertimana kanak-kanak yang lain yang seusianya. Dan dengan itu...si ibubapa ini mempercayai bahawa anak juga pasti begitu akan normal juga.
HAKIKATNYA anak si ibubapa ini adalah istimewa. Bagaimana untuk kita membantunya untuk menerima hakikat ini? Bukan dengan kesimpulan awal. Panduan dan dorongan. Panduan dan dorongan dengan komunikasi yang baik. Dengar apa yang si ibubapa ini luahkan, beri dia semangat bukan janji2 komporfasi, perlihatkan kegembiraan kita apabila ibubapa menyatakan bahawa anaknya sudah ada perubahan, beri pujian dan motivasi kepadanya dan bagitahu dia itu adalah usaha kerasnya dan perlu ada usaha dua pihak-guru dan juga ibubapa. Berikan contoh2 perkembangan murid yang lalu, berikan maklumat tambahan, berikan beberapa cadangan. Biasanya ibubapa yg agak 'degil' ini akan mula percaya kpd guru apabila saranan guru/maklumat guru itu selari dgn apa yg dikatakan oleh doktor anaknya. Dengan itu, guru perlu berpengetahuan dan yakin untuk berkomunikasi dengan ibubapa bukan duduk di meja guru dan malambai dari jauh aja.. he he he...Peace! Bina kedekatan antara kita dan ibubapa agar mesej 'lebih lembut' untuk diterima oleh ibubapa jenis ini.

1 Comment to "Artikel Learning Outcomes 6 : Raise the awareness of the bridging mechanism that facilitate educational transition for individuals with special needs."

  1. Ibu bapa lazimnya tidak menjangka sebarang masalah dan merasa terkejut apabila dimaklumkan oleh guru yang anak mereka tidak menunjukkan kemajuan seperti yang sepatutnya. mereka menganggap kanak-kanak itu sebenarnya bijak, lantas mendesaknya supaya berusaha lebih gigih. lambat laun, kanak-kanak itu menyedari yang dia gagal hendak memenuhi jangkaan orang-orang dewasa dalam hidupnya lebih-lebih lagi ibu bapa mereka. ibu bapa perlu bebincang dengan guru masalah yang mungkin dihadapi oleh anak mereka di sekolah serta mencari jalan bagaimana membantu kanak-kanak.
    ibu bapa juga perlu sentiasa bekerjasama dengan guru bagi memastikan kuantiti dan kualiti kerja rumah yang diberikan adalah bersesuaian dengan tahap penguasaan kanak-kanak itu terhadap pembelajarannya.
    memandangkan kejayaan mengatasi disleksia banyak bergantung pada diri kanak-kanak itu sendiri, adalah amat penting mereka sentiasa 'dibekalkan' dengan pelbagai kisah kejayaan tokoh terkenal agar mereka tidak mudah berputus asa. sebagai contoh, terdapat ramai di kalangan mereka yang mengalami disleksia sudah melakukan sumbangan yang besar dalam pelbagai bidang seperti Leornado Da Vinci.

Post a Comment