Artikel : Learning Outcomes 3 : Analyze information concerning the systematic instruction of children with special needs at the primary level.

Bagaimana guru membantu kanak-kanak di dalam kelas?
Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam membantu kanak-kanak disleksia selain dari kaedah dan teknik mengajar. Antaranya adalah:
• Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas.
• Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas.
• Tulisan guru mestilah terang dan jelas.
• Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka.
• Berikan kelonggaran kepada mereka.
• Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan.
• Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak.
• Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanak-kanak bermasalah itu membaca secara fonetik.
• Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapi bantulah dia.
• Sediakan bahan pengajaran yang baik.
• Gunakan aplikasi teori Gestalt.
• Tekankan ke atas pengamatan butiran.
• Konsep kedudukan dan orientasi huruf.
• Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.
• Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca.

Prosedur pengajaran kepada kanak-kanak disleksia pandangan yang tidak dapat belajar melalui gambaran pandangan kerana tidak dapat mengait perkataan dengan makna dan tidak dapat mengekalkan ingatan tentang imej sesuatu perkataan ialah melalui kaedah pengajaran fonetik/ linguistik di mana kaedah ini bukan sahaja menekankan bacaan dan ejaan tetapi juga cara menulis dan menggabungkan perkataan, ayat dan idea-idea agar ianya bermakna dan logik. Oleh itu guru perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dalam fonetik dan linguistik. Antara kaedah fonetik dalam pengajaran adalah melalui:
• Ajar nama dan huruf bunyi.
• Ajar huruf yang bermula dengan setiap bunyi.
• Ajar mengenal huruf berdasarkan bunyi.
• Ajar perkataan bunyi huruf.
• Pengadunan bunyi membentuk perkataan yang bermakna.
• Mengelompokkan perkataan dalam huruf yang sama.
• Perkenalkan adunan bunyi dua huruf konsonan.
• Perkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vocal.
• Perkenalkan ayat, perenggan dan cerita yang senang dan pendek.

Artikel : Learning outcomes 4 : Design appropriate intervention programmes to remediate children's mathematical errors.

INTERVENSI AWAL
Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka.
Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004).
Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Di samping itu, komunikasi bantuan atau komunikasi alternatif yang melibatkan berbagai-bagai pendekatan dan ada juga menggunakan perkembangan teknologi baru. Di antaranya adalah seperti menggunakan bahasa isyarat, alat-alat latihan komunikasi yang dicipta khas, penggunaan teknologi komputer dan sebagainya. Manakala bagi kanak-kanak yang autistik pula menggunakan rawatan perubatan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamiun B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian bagi kanak-kanak autistik.
Selain itu, intervensi awal ini dapat memberi perhatian kepada ibu bapa, latar belakang dan persekitaran. Individu yang terlibat dalam intervensi seperti ibu bapa, guru, atau ahli terapi menggunakan dorongan semula jadi kanak-kanak untuk bercakap perkara yang mereka sedang lakukan, merancang untuk lakukan atau permainan yang disukai. Selain itu, intervensi dijalankan semasa murid sedang makan, bermain, atau ketika berada di restoran makanan segera untuk menggalakkan mereka bertutur dan menggunakan bahasa dengan betul. Manakala perkhidmatan intervensi awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal sememangnya dibentuk bagi memenuhi keperluan individu kanak-kanak autistik termasuklah pendidikan terancang. Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan.
Intervensi awal juga dapat memberi peluang kanak-kanak belajar kemahiran asas. Kanak-kanak berpeluang untuk belajar kemahiran asas dan memenuhi keperluan dalam bidang-bidang kemahiran sosial, kemahiran urus diri, komunikasi dan pengurusan tingkah laku. Di Malaysia, program intervensi kanak-kanak autism dilaksanakan melalui program pra sekolah. Terlebih dahulu bagi memastikan mereka bersedia untuk ditempatkan dalam Tahun satu. Di sini, kemahiran urus diri dan pengurusan tingkah laku diutamakan selain pengenalan kepada asas mata pelajaran bahasa Melayu, Agama dan Moral, dan Matematik. Di samping itu, guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya.

Artikel : Learning Outcomes 5 : Analyze new developments in teaching mathematics to dyslexic and dyscalculia pupils.

Kaedah-kaedah Pengajaran Khas Matematik
1. Pengenalpastian masalah matematik dan tahap kebolehan pelajar
• Pemerhatian : daripada pemerhatian, guru dapat mengenal pasti masalah pembelajaran murid melalui tingkah laku dan penglibatan murid dalam aktiviti P&P Matematik.
• Ujian Kertas dan Pensel :
1. Ujian saringan – untuk mengesan murid pemulihan.
2. Ujian diagnostik untuk mengenal pasti punca masalah / mengesan kemahiran tertentu yang belum dikuasai oleh pelajar.
3. Ujian formatif – untuk mengesan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid setelah sesuatu kemahiran diajar.
4. Ujian sumatif – untuk mengetahui sejauh mana penguasaan murid selepas sesuatu unit atau tajuk pengajaran telah dilakukan.
5. Latihan harian.
6. Soal jawab
7. Pentaksiran rekod prestasi
8. Rekod profil dan kesihatan
2. Pengaplikasian teknik khas dalam pengajaran matematik
i. Teknik penyoalan
• Lisan.
• Bahasa yang digunakan mestilah boleh difahami
• Soalan mesti tepat dan cepat, mendorong pelajar berfikir.
• Soalan hendaklah bertumpu dan bercapah.
• Soal mengikut aras murid dalam kemahiran yang sama.
ii. Teknik permainan – kooperatif, berkumpulan, berpasangan, individu,
• Antara perkara yang perlu diambil kira dalam teknik ini ialah permainan tersebut dapat menguatkan kemahiran menyusun nombor, menguatkan kemahiran operasi nombor, menguatkan kemahiran operasi tambah dan tolak
iii. Teknik tunjuk cara
iv. Teknik latih tubi (pengulangan fakta)
• Lisan – congak
• Bertulis – lembaran kerja
• Membolehkan pelajar mendengar dan melihat serta membantu merangsang minda pelajar berfikir untuk memproses fakta dan menjawab soalan.
v. Teknik main peranan
vi. Teknik bercerita
vii. Teknik inkuiri penemuan
viii. Teknik kuiz

Artikel : Learning Outcomes 2: Explore the impact of disabilities on the children, their families, on their future.

Kanak-kanak berkeperluan khas

FAHAMI situasi kanak-kanak berkeperluan khas bagi mengelakkan mereka dibelenggu masalah dalam pelajaran di sekolah dan dalam kehidupan seharian.
RAMAI orang yang beranggapan bahawa orang kurang upaya (OKU) adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kecacatan fizikal seperti terencat akal, cacat anggota, pekak , bisu dan buta.
Tidak ramai yang mengetahui bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran adalah sebahagian daripada mereka yang dikategorikan sebagai OKU di bawah masalah pembelajaran.
Secara amnya, terdapat enam kategori keperluan khas di Malaysia yang layak didaftarkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mendapatkan kad OKU. Kategori tersebut ialah kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi, masalah pembelajaran dan lain-lain.
Di bawah kategori masalah pembelajaran ini adalah kumpulan kanak-kanak yang mengalami lewat perkembangan (Global Developmental Delay) iaitu untuk kanak-kanak yang berusia kurang dari 3 tahun, kanak-kanak Sindrom Down, autisma, kurang tumpuan dan hiperaktif - lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), dan juga kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) yang berumur lebih dari 3 tahun.
Selain itu masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia (kesukaran dalam menulis, mengeja dan membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam kategori keperluan khas. Kebiasaannya, guru-guru berhadapan dengan kanak-kanak yang sukar untuk mengikuti pembelajaran di sekolah dan sebahagian daripada mereka dilabelkan sebagai bodoh, dungu, lembab dan nakal kerana tingkahlaku mereka yang kadang-kala mengganggu kelas.
Ramai pelajar yang masih gagal menulis nama sendiri, tidak mengenal warna dan bentuk, serta sering gagal melakukan kerja sekolah kerana tidak faham soalan dan sebagainya. Ramai yang beranggapan sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat membaca, ianya adalah disebabkan mereka malas dan tidak minat belajar.
Kebanyakan mereka akan diletakkan di kelas terakhir dan diajar oleh guru-guru pemulihan. Guru-guru akan membantu pelajar ini sedaya upaya agar mereka dapat belajar seperti pelajar lain.
Sesungguhnya mengajar di kelas pemulihan memerlukan banyak kesabaran dan sedikit peningkatan dalam pembelajaran kanak-kanak ini adalah satu kepuasan bagi guru-guru ini. Pun begitu, ramai juga guru-guru yang kecewa setelah usaha mereka tidak menampakkan hasil.
Ini adalah titik permulaan di mana pelajar-pelajar ini patut dirujuk kepada pakar psikiatri untuk penilaian seterusnya.
Ramai yang tidak mengetahui dan ramai yang juga tertanya-tanya mengapa perlu dirujuk kepada pakar psikiatri sedangkan anak-anak mereka normal dan tidak mengalami penyakit mental. Sebenarnya masalah pembelajaran adalah salah satu masalah yang dilihat di klinik psikiatri.
Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) adalah salah satu hospital yang memberikan perkhidmatan ini.
Kebiasaannya, pelajar boleh dirujuk oleh guru-guru, ibu bapa ataupun oleh doktor dari mana-mana klinik terus ke Unit Bimbingan Kanak-kanak dan Remaja di Klinik Psikiatri. Penilaian asas oleh jururawat yang terlatih ke atas pelajar-pelajar ini akan dilakukan pada sesi pertama.
Penilaian termasuklah ujian untuk mengetahui secara kasar IQ (Intelligent Quotient) pelajar dan beberapa set soal selidik berkaitan tingkah laku pelajar dan masalah pembelajaran. Seterusnya pelajar-pelajar ini akan diberikan tarikh temujanji untuk bertemu doktor.
Kebiasaannya selepas penilaian dilakukan oleh doktor dan disokong oleh laporan akademik pelajar dari pihak sekolah, sekiranya ternyata mereka mempunyai masalah pembelajaran, pelajar ini akan dirujukkan ke JKM untuk pendaftaran OKU dan ke Jabatan Pendidikan Negeri untuk penempatan yang sesuai. Ini adalah amat perlu untuk memastikan mereka mendapat pembelajaran yang lebih baik dalam konteks suasana belajar yang lebih selesa berbanding dengan kelas biasa di mana rakan-rakan yang lain adalah pelajar yang tidak mengalami masalah pembelajaran.
Pada masa yang sama, penilaian dari segi emosi juga dilakukan kerana tidak dapat dielakkan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran ini akan mengalami perasaan rendah diri atas kekurangan mereka dan kemungkinan mengalami tekanan emosi.
Pun begitu, ada juga di kalangan ibu bapa yang kurang bersetuju dengan status OKU dan tidak mahu anak-anak mereka dirujukkan ke sekolah dengan pendidikan khas.
Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh doktor dan kebiasaannya sebelum rujukan dibuat, perbincangan secara mendalam dengan ibu bapa dijalankan agar mereka tidak salah anggap dan faham mengapa kanak-kanak ini perlu dirujuk kepada pakar. Penting untuk doktor menerangkan tentang kelebihan pendaftaran OKU ini, lagipun pihak kerajaan telah memberi banyak peruntukan untuk OKU. Sementara itu, kanak-kanak ini akan dirujukkan ke unit pemulihan cara kerja untuk penilaian lanjut oleh jurupulih cara kerja di HUSM.
Selepas penilaian, jurupulih cara kerja yang memang terlatih dengan masalah pembelajaran ini akan melakukan terapi yang bersesuaian kepada pelajar-pelajar ini.
Kebiasaannya, mereka akan dikenalpasti mengalami masalah seperti sensori integrasi dan pengamatan yang menyebabkan mereka mengalami kesukaran dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Latihan di unit ini perlu dilakukan secara berkala untuk memastikan keberkesanan terapi.
Pada masa yang sama, pelajar berkenaan akan dirujuk ke unit pertuturan sekiranya mempunyai masalah pertuturan dan unit-unit lain yang berkaitan sekiranya perlu. Ini adalah satu rawatan yang komprehensif untuk kanak-kanak dengan masalah pembelajaran.
Di sini jelas menunjukkan bahawa masalah pembelajaran bukanlah satu masalah yang mudah tetapi ianya adalah satu masalah yang memerlukan kerjasama dari banyak pihak untuk memastikan pelajar ini mendapat peluang belajar sebagaimana pelajar normal yang lain.
Adalah penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lemah dalam pembelajaran menghantar anak-anak mereka untuk penilaian lanjut. Begitu juga guru-guru yang mengenalpasti pelajar-pelajar terutamanya mereka yang gagal dalam KIA 2M untuk menjalani penilaian lanjut agar diagnosis boleh dilakukan dan mereka mendapat tempat yang sepatutnya dalam sistem pendidikan.

Artikel Learning Outcomes 6 : Raise the awareness of the bridging mechanism that facilitate educational transition for individuals with special needs.

Kenali dan kita pasti cintai..
Pernah tak anda berbual dengan ibubapa murid anda? Dan cuba untuk memahami mengapa sukar baginya untuk menerima bahawa anaknya adalah anak istimewa. Dan begitu mudah bagi kita memberi kesimpulan bahawa si ibubapa ini tidak mahu menerima hakikat bahawa anaknya bermasalah.
Kesukaran ibubapa tidak mahu menerima anak mereka adalah istimewa terutamanya bagi kanak-kanak Autisma, ADHD atau lembam yang secara fizikalnya kelihatan normal bukan kerana mereka TIDAK MAHU MENERIMA sebaliknya MEREKA TIDAK TAHU dan MUNGKIN TIDAK MAHU AMBIL TAHU.
Peranan di pihak kita bukan untuk memberi ajar..namun kita berperanan untuk memberi panduan dan dorongan untuk si ibubapa ini mengenali dan mengendalikan anak mereka.
Berdasarkan pengalaman, sukarnya mereka menerima bahawa anak mereka adalah istimewa memandangkan mereka merujuk kepada pengalaman sendiri dan juga orang terdekat mereka. Contohnya, anak yang pertama katanya juga nakal, hyper dan lambat bertutur. Namun selang beberapa tahun semuanya normal sepertimana kanak-kanak yang lain yang seusianya. Dan dengan itu...si ibubapa ini mempercayai bahawa anak juga pasti begitu akan normal juga.
HAKIKATNYA anak si ibubapa ini adalah istimewa. Bagaimana untuk kita membantunya untuk menerima hakikat ini? Bukan dengan kesimpulan awal. Panduan dan dorongan. Panduan dan dorongan dengan komunikasi yang baik. Dengar apa yang si ibubapa ini luahkan, beri dia semangat bukan janji2 komporfasi, perlihatkan kegembiraan kita apabila ibubapa menyatakan bahawa anaknya sudah ada perubahan, beri pujian dan motivasi kepadanya dan bagitahu dia itu adalah usaha kerasnya dan perlu ada usaha dua pihak-guru dan juga ibubapa. Berikan contoh2 perkembangan murid yang lalu, berikan maklumat tambahan, berikan beberapa cadangan. Biasanya ibubapa yg agak 'degil' ini akan mula percaya kpd guru apabila saranan guru/maklumat guru itu selari dgn apa yg dikatakan oleh doktor anaknya. Dengan itu, guru perlu berpengetahuan dan yakin untuk berkomunikasi dengan ibubapa bukan duduk di meja guru dan malambai dari jauh aja.. he he he...Peace! Bina kedekatan antara kita dan ibubapa agar mesej 'lebih lembut' untuk diterima oleh ibubapa jenis ini.

Learning Outcomes 1: Analyze the educational, social and development patterns of the child with special needs.

PENGENALAN
Setiap kanak-kanak adalah istimewa dan berbeza antara satu sama lain. Seperti juga kanak-kanak yang berambut merah atau bermata biru, ada kanak-kanak yang mempunyai sebelah tangan sahaja, ada yang bergantung kepada bantuan pendengaran, atau menggunakan pendakap. Sesetengah kanak-kanak adalah istimewa kerana mereka boleh bermain dan mencipta muzik semasa mereka masih kecil, dan ada juga yang istimewa kerana mereka hidup dengan gembira walaupun terpaksa berhadapan dengan penyakit berbahaya atau kecacatan.

1.Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Mereka yang mempunyai keupayaan yang terbatas, dari segi fizikal, intelektual, emosi, atau perkembangan sosial. Pembelajaran dan aspek perkembangan mereka yang melibatkan lebih dari satu perkara mungkin terganggu. Seperti juga kanak-kanak lain, kanak-kanak istimewa ini membesar seperti manusia biasa dan perkembangan mereka melibatkan empat bahagian penting iaitu fizikal, intelektual, emosi dan perkembangan sosial.
• Perkembangan fizikal bermaksud perkembangan tulang, otot, gigi dan lain-lain bahagian badan kanak-kanak.
• Perkembangan intelektual bermaksud tumbesaran otak dan keupayaan kanak-kanak itu untuk berfikir, mengingat, dan menyelesaikan masalah.
• Perkembangan emosi melibatkan apa yang mereka rasai mengenai diri mereka.
• Bagaimana kanak-kanak bermain, bekerja dan berinteraksi dengan orang lain dipanggil perkembangan sosial.
Kanak-kanak berkeperluan khas ini membesar sebagai manusia biasa. Adalah satu kesilapan jika kita hanya menumpukan kepada ketidakupayaan kanak-kanak itu sahaja. Jika anda sebagai seorang penjaga, hanya belajar mengenai apa yang tidak dapat dilakukan oleh kanak-kanak itu, anda rugi kerana tidak belajar mengenai apa yang boleh mereka lakukan. Ingat, apa yang paling penting ialah kanak-kanak itu, bukan kecacatannya.


2. Sifat Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Memanglah menjadi hasrat ibu bapa untuk melihat anak - anak mereka berjaya dalam pelajaran supaya dapat menjadi orang yang berkelayakan dan berjaya apabila dewasa kelak. Tetapi memang menjadi satu hakikat di mana kurang dari 5 peratus sahaja kanak - kanak yang didaftarkan di sekolah - sekolah biasa akan berjaya memasuki institusi - institusi pengajian tinggi. Ini menimbulkan perasaan persaingan di kalangan para penuntut.Selain daripada kecacatan akal ada banyak lagi masalah yang boleh menyebabkan seseorang kanak - kanak itu tidak maju dalam pelajarannya disekolah walaupun minat untuk bersekolah tetap ada. Masalah - masalah ini boleh disenaraikan seperti berikut.
1 ) Masalah kekurangan pendengaran dan / atau penglihatan.
2 ) Perkembangan yang lambat.
3 ) Masalah bahasa dan pertuturan.
4 ) Kekekokan ( clumsiness ).
5 ) Kekurangan tumpuan perhatian terhadap pelajaran.
6 ) Masalah kelakuan.
7 ) Gangguan kesihatan jasmani.


2.1. Kekurangan pendengaran dan / atau penglihatan

Kanak - kanak yang pekak lazimnya tidak boleh bertutur dengan jelas walaupun dia boleh memahami percakapan orang lain sama dengan cara bacaan bibir atau cara - cara lain. Oleh kerana pendengaran merupakan deria yang paling mustahak untuk pembelajaran , kanak - kanak yang pekak akan kebelakang didalam kelasnya. Kanak - kanak ini memerlukan cara pengajaran yang khas.
Kanak - kanak yang kurang jelas penglihatannya akan kurang mampu menangkap maklumat yang ditulis di papan hitam. Jika dia tidak menyatakan masalah kepada guru dan gurunya pun tidak mengetahui, keadaan ini akan berterusan sehingga akan menjejaskan pembelajarannya. Kebanyakan daripada kanak - kanak ini boleh dan mesti dipulihkan dengan memberi kaca mata yang sesuai.

2.2. Perkembangan yang lambat
Ada pula kanak - kanak yang menempuhi proses perkembangan mental yang lambat tampa apa - apa kecacatan jasmani.Walaupun umurnya sudah enam tahuin umpamanya , pengalaman dan pemikirannya mungkin seperti kanak - kanak yang berumur lima tahun. Kanak - kanak ini perlu diberi galakkan dan bimbingan yang sewajarnya untuk membolehkan perkembangan kognitifnya berterusan . Walaupun ada baiknya jika pendaftaran persekolahan dilambatkan ini selalunya tidak dapat dilakukan pada masa kini. kanak - kanak seperti ini bukanlah mengalami kecacatan akal dan jika tidak dikenalpasti dan diberi bimbingan yang sewajarnya mungkin ada menyerap konsep diri yang tidak sihat. Kanak - kanak ini akan mendapat manafaat jika dirancang.

2.3. Masalah bahasa dan pertuturan



Kefahaman bahasa serta pertuturan adalah mustahak bagi seseorang itu berinteraksi dengan orang lain. Jika seseorang itu tidak boleh memahami bahasa atau mengunakan bahasa kerana sesuatu gangguan pada urat sarafnya , ini akan menjejaskan pembelajarannya. Keadaan ini tidak selalu berlaku tetapi perlu dikenal pasti supaya dapat diberi cara pemulihan yang sesuai untuknya.


2.4. Kekekokan ( Clumsiness )


Kanak - kanak yang mengalami masalah ini kadangkala mempunyai tahap pemikiran yang sederhana atau lebih baik dari biasa. Tetapi kesukarannya untuk menulis atau membuat aktiviti yang memerlukan kemahiran seperti melukis selalu mengakibatkan dia dianggap sebagai kanak - kanak cacat akal. Kanak - kanak ini mungkin selalu menunjukkan kebolehannya dalam aktiviti yang lain seperti bermain catur , berbahas atau membaca yang tidak memerlukan kemahiran tangan. Kanak - kanak seperti ini perlu dikenalpasti kebolehan serta kelemahannya supaya satu kurikulum pembelajaran yang khas dapat dirancangkan untuknya. Kelemahannya untuk menulis mungkin boleh diatasi dengan cara berlatih selalu. Aktiviti hari - harian seperti mengikat tali kasut boleh diajar dengan menunjukkan setiap gerak geri tangan sehingga selesai tali kasut diikat. Ada lebih mendatangkan manfaat bagi kanak - kanak ini mengunakan pita rakaman atau menaip kerana kekekokan tangannya menghalangnya dari menulis dengan sempurna.

2.5. Kekurangan tumpuan perhatian
Kanak - kanak yang begini selalu dipanggil ' Hyperactive ' dalam bahasa Inggeris. Selalunya tidak ada gangguan yang jelas terdapat dari pe,eriksaan klnikal.Kebolehan menumpu perhatian kepada sesuatu kerja adalah perlu untuk seseorang kanak - kanak
itu menerima arahan dan pengajaran dari guru - guru atau ibu bapanya. Kanak - kanak ini tidak boleh maju dalam pembelajaran oleh sebab dia tidak dapat menarik perhatian penuh. Sebaliknya dia mungkin membawa kesulitan kepada guru dan murid - murid lain kerana dia tidak boleh duduk di kerusinya dengan lama. Kanak - kanak seperti ini perlu diberi pemulihan khas yang dipanggil 'behavioural modification ' untuk menambahkan tempoh tumpuan perhatiannya sebelum dia dapat menerima pengajaran dengan berkesan.

2.6. Masalah pembelajaran khusus
Keadaan ini selalu dipanggil 'dyslexia ' dalam bahasa Inggeris. Ini dapat dikenali sebagai satu keadaan di mana kanak - kanak yang tidak mengalami kecacatan akal atau kurang minat mengalami kesukaran sama ada membaca , menulis atau mengira. Keadaan ini selalu tidak dikenali dan ini menyebabkan kanak - kanak ini meneruskan persekolahan mereka tampa mendapat bimbingann yang sesuai . Akibatnya timbul perasaan konsep diri yang negetif atau kelakuan yang mungkin menimbulkan masalah disiplin di sekolah. Kanak - kanak yang mendapati sukar membaca memerlukan orang untuk membaca kepadanya atau diajar melalui rakaman pita. Masalah pembelajaran khusus ini memang sudah lama dikenali tetapi hanya sedikit sahaja bilangan kanak - kanak yang berjaya dikenalpasti dan diberi kurikulum pembelajaran khas oleh kerana kekurangan pakar - pakar dalam bidang Psikologi pembelajaran.

2.7. Masalah kelakuan
Keadaan ini boleh berlaku akibat dari masalah kekurangan pendengaran , masalah pembelajaran khusus atau kekekokan. Oleh itu keadaan - keadaan seperti ini mestilah dikenalpasti dan langkah diambil untuk mengatasinya . Kadangkala kelakuan yang ganjil itu tidak dapat dikesan puncanya dengan jelas . Kanak - kanak yang telah menempuh pengalaman yang pahit dan menakutkan mungkin suka mengasingkan diri , tidak suka bergaul atau selalu bercakap seorang diri. Berikut adalah riwayat seorang kanak - kanak yang mengalami gangguan kelakuan.

Abu yang berumur lima tahun mempunyai kebolehan seakan akan kanak-kanak yang berumur tiga tahun. Dia selalu menolak kanak-kanak lain dan tidak mengendahkan sesiapa disekelilinganya. Abu boleh bertutur sedikit jika berada dalam kumpulan kanak-kanak lain dia memerlukan banyak perhatian daripadanya, tetapi ibunya sendiri
mendapati sangat sukar hendak mendisplinkannya. Dia tidak boleh menumpukan perhatian kepada sesuatu dengan lamanya. Abu asyik suka bergolek-golek diatas lantai serta bercakap-cakap seorang diri. Keadaan ini perlu dirawat dengan cara yang khas sambil memberi peluang untuk kanak - kanak ini meneruskan perkembangan sosial , emosi , kognitif dan bahasanya.


2.8. Gangguan kesihatan jasmani
Seseorang kanak - kanak yang tidak sihat sudah tentulah tidak akan menumpukan perhatian yang cukup kepada pelajarannya disekolah. Kanak - kanak yang pucat mungkin sering merasa mengantuk di kelas. Kanak - kanak yang menghidap penyakit sawan mungkin meneri ubat yang menjejaskan tumpuan perhatiannya. Jika keadaan ini berterusan dan tindakan yang berkesan tidak diambil , kanak - kanak ini akan kebelakangan dalam pelajarannya.


3. Pendidikan Bagi Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Di Malaysia, pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas ini adalah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Khas (JPK) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang mula ditubuhkan pada 1 Oktober 1995.

3.1. Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan khas juga mempunyai falsafah pendidikannya yang tersendiri yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

“Pendidikan Khas di Malaysia adalah usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu yang produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara”
(Jabatan Pendidikan Khas,KPM)
Jabatan Pendidikan Khas dengan jelas telah menetapkan halatuju bagi murid berkeperluan khas. Bagi kanak-kanak yang berpotensi dalam bidang akademik , mereka akan dijuruskan ke arah peningkatan dalam bidang akademik hingga peringkat pengajian yang lebih tinggi. Manakala bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang tidak mencapai tahap akademik yang cemerlang, mereka akan diberi latihan di dalam bidang latihan kemahiran yang menjurus kepada teknik dan vokasional.

3.2. Program Pendidikan Khas
Di negara kita, Jabatan Pendidikan Khas telah melaksanakan program pendidikan khas melalui empat sistem iaitu Sekolah Pendidikan Khas, Program Intergrasi Pendidikan Khas, Program Inklusif dan Program Pendidikan Pemulihan. Sekolah Pendidikan Khas ialah sekolah yang diwujudkan khas untuk menempatkan murid-murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran.
Program Intergrasi Pendidikan Khas pula merupakan program yang diwujudkan di sekolah harian biasa di sekolah rendah, sekolah menengah dan sek teknik/vokasional. Melalui program ini, murid-murid yang bermasalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran ditempatkan secara separa inklusif atau separa segregasi.
Program seterusnya ialah Program Inklusif iaitu menempatkan murid-murid yang bermasalah pembelajaran belajar bersama-sama dengan murid biasa. Dan yang terakhir ialah Program Pendidikan Pemulihan iaitu untuk murid-murid yang bermasalah pembelajaran ditempatkan di kelas khas yang diwujudkan di semua sekolah aliran perdana. Dengan program-program yang dilaksanakan oleh Jabatan Pendidikan Khas inilah, halatuju murid-murid berkeperluan khas akan tercapai seperti yang telah dinyatakan tadi.

3.3. Tempoh Pembelajaran
Tempoh pembelajaran bagi murid-murid berkeperluan khas ini pada dasarnya tiada bezanya dengan murid-murid biasa. Cuma mereka diberi kelonggaran tambahan selama dua tahun maksimum di mana-mana peringkat sama ada di sekolah rendah, menengah atau kedua-duanya mengikut keperluan murid-murid tersebut.

3.4. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran juga, guru-guru perlu menggunakan pelbagai pendekatan atau teknik yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, bakat, minat serta latar belakang murid berkeperluan khas ini.
Walaubagaimanapun, tanggungjawab untuk mendidik murid-murid berkeperluan khas ini adalah tidak wajar disandarkan 100% ke bahu guru dan pihak sekolah. Sebenarnya, guru, pihak sekolah dan yang paling penting ibu bapa mesti bekerjasama dalam mendidik kanak-kanak istimewa ini. Dengan itu, kesinambungan pendidikan di sekolah yang disampaikan oleh guru-guru akan diteruskan oleh ibu bapa di rumah pula. Kerjasama ini dapat meningkatkan keyakinan dan semangat kanak-kanak berkeperluan khas kerana mendapat perhatian dan didikan yang istimewa dari semua pihak.


4. Sosial Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Persoalan besar yang menghantui kanak-kanak berkeperluan khas adalah kesediaan seluruh masyarakat menerima anugerah Tuhan dengan rasa bersyukur, tidak merasa malu, mendiskriminasikan kanak-kanak istimewa dan yang penting adalah ibu bapa melaksanakan tanggungjawab seperti yang dilakukan pada kanak-kanak normal.
Banyak kajian lepas mengenai penerimaan ibu bapa kepada kanak-kanak istimewa mendapati tidak semua ibu bapa dapat menerima kehadiran anak istimewa (Belgrave 1991; Heinmann & Shontz 1992; Linkowski & Dunn 1994 dalam Mohd. Sharani 2004). Menurut Li, Moore & Dennis (1998), stigma sosial dan diskriminasi yang dilemparkan ke atas ibu bapa yang mempunyai anak istimewa seperti suatu sempadan yang menghalang ibu bapa menerima anak mereka. Manakala Nancy (1999) dalam Mohd. Sharani (2004) menyatakan bahawa stigma negatif yang dileparkan oleh masyarakat menyebabkan ibu bapa menjadi takut menerima kenyataan bahawa mereka adalah ibu ataupun bapa kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Olshansky (1992) dalam Mohd. Sharani (2004) menyatakan bahawa perasaan ibu bapa yang memiliki kanak-kanak berkeperluan khas merasa tidak mampu melakukan apa-apa demi kesejahteraan anak itu.
Reaksi negatif yang ditunjukkan oleh ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas berhubung kait dengan tahap kehilangan kewibawaan identiti ( Whaley & Wong 1991 dalam Mohd. Sharani 2004). Menurut Mohd. Sharani (2004) faktor-faktor seperti terkejut, tidak percaya, hiba, marah, kecewa dan penafian banyak menjejaskan reaksi penerimaan ibu bapa yang mendapat kanak-kanak berkeperluan khas. Tidak kurang disebabkan oleh ketakutan pada penolakan sosial dan ketakutan hidup bersendirian (Prado 1991).
Jumlah kanak-kanak istimewa yang ada dalam sekolah negara Malaysia pada tahun 1999 adalah seramai 11, 861 orang iaitu 8557 orang di sekolah rendah dan 3304 orang di sekolah menengah. Menurut Mohd. Sharani (2004) cabaran-cabaran yang dihadapai bagi memastikan kanak-kanak istimewa mempunyai akses dan menikmati peluang pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa adalah seperti berikut:
i. Peraturan-peraturan pendidikan (Pendidikan Khas 1997) perlu disemak semula bagi memastikan tiada wujud apa-apa sekatan kepada kanak-kanak istimewa.
ii. Program atau rancangan yang komprehensif dan berterusan perlu diwujudkan supaya sampai kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa supaya mereka mendapat maklumat dan kesedaran serta bersedia menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
iii. Kemudahan-kemudahan tempat belajar diperbanyakkan, diperlengkap dan diperluaskan bagi memudahkan ibu bapa kanak-kanak istimewa menikmati kemudahan pendidikan.
iv. Mekanisme yang mantap perlu diwujudkan bagi memastikan setiap kanak-kanak istimewa dapat didaftarkan.
Pendekatan pendidikan inklusif kepada kanak-kanak berkeperluan khas melibatkan usah mendidik kanak-kanak istimewa di sekolah dan kelas biasa oleh guru-guru biasa. Pendekatan ini membolehkan kanak-kanak istimewa bergaul dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran serta kehidupan sekolah dengan lebih berkesan dan bermakna. Menurut Mohd. Sharani (2004) berdasarkan falsafah itu, diharapkan objektif-objektif di bawah dapat dipenuhi:
i. Supaya pelajar-pelajar khas dapat mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti pendidikan, sosial dan kerjaya.
ii. Supaya pelajar-pelajar khas dapat berkembang menjadi individu yang mempunyai keyakinan diri.
iii. Supaya pelajar-pelajar khas dapat pendidikan yang sama seperti pelajar-pelajar biasa yang lain.
iv. Supaya tugas mendidik dan mengajar pelajar-pelajar ini dapat dipikul bersama oleh semua guru serta masyarakat yang lain.

Dalam sistem kurikulum pendidikan khas, kita hanya fokus kepada membantu mempertingkatkan kemahiran akademik kanak - kanak istimewa ini berbanding dengan kemahiran atau kecekapan sosial mereka. Hakikat yang perlu diterima ialah kejayaan kanak – kanak istimewa ini banyak bergantung kepada keterbukaan mereka dalam kecekapan sosial berbanding kebolehan akademik mereka. Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Kanak - kanak istimewa ini selalunya berada terkebelakang dalam pembangunan sosialnya berbanding rakan sebayanya.
Bagaimana kanak-kanak bermain, bekerja dan berinteraksi dengan orang lain dipanggil perkembangan sosial. Kanak - kanak istimewa ini cenderung kurang memliki kemahiran sosial dalam interaksi sosial dan mengalami masalah kesukaran mencipta dan mengekalkan hubungan rakan sebaya yang baik. Di mana, mereka cenderung untuk kurang diterima oleh rakan sebaya memandangkan mereka ini selalunya kaku dan silap tafsir terhadap rakan sosial selain interaksi mereka ada saja yang tidak kena. Oleh itu, adalah perlu untuk mendidik kanak - kanak ini dengan kemahiran sosial yang sesuai untuk memudahkan mereka diterima dan berinteraksi dengan rakan sebaya.
Menurut artikel ‘Functional development …’, perkembangan sosial didefinisikan sebagai:
“The process of development in which a child learns the skills, rules and values that will enable him or her to form connections and function among family members, peers and members of society.”
Bagi ciri-ciri social dan peribadi bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mereka mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkah laku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.
Sebagai contoh, kanak-kanak autistik menjadi kaku apabila berinteraksi dengan orang lain. Mereka kerap dikatakan cuba mengelak daripada bertentang mata ketika bercakap, tidak mahu memulakan perbualan dan tidak suka bermain dengan rakan-rakan lain. Sesetengah kanak-kanak autistic kurang berupaya meniru apa yang orang lain buat kepada mereka. Misalnya, mereka tidak senyum apabila orang lain senyum kepadanya, tidak membalas lambaian, atau tidak bertepuk tangan ketika semua orang bertepuk tangan.
Masalah tingkah laku sosial kanak-kanak autistik dapat dikategorikan kepada tiga, iaitu:
i) Penghindaran social (social avoidant), iaitu individu autistic akan mengelak daripada sebarang bentuk interaksi social. Kerap kali mereka akan menjauhkan diri apabila ada orang hendak beriteraksi dengan mereka.
ii) Bersikap tidak acuh/peduli (socially indifferent) iaitu mengambil sikap tidak peduli dengan keadaan sekelilingnya walaupun tidak pula menghindari daripada pergaulan.
iii) Kekok atau janggal ketika bersosial (socially awkward) berlaku apabila individu ini cuba berkawan tetapi tidak berupaya mengekalkan hubungan itu. Keadaan ini berlaku kerana mereka hanya bercakap tentang diri sendiri dan tidak memahami bahawa orang lain juga mempunyai idea, perasaan, kepercayaan, sikap dan emosi. Oleh itu mereka tidak dapat menjangkakan apa yang akan disebut atau dibuat oleh orang lain dalam pelbagai situasi social.
Sebagai contoh, bagi kanak-kanak autistic, mereka tidak mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka tidak akan memberitahu atau menunjuk kepada barang yang dikehendaki, sebaliknya memegang tangan bapa atau ibu dan membawanya ke tempat barang itu. Sangat sukar mendapat perhatian mereka ketika bercakap dan mereka juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang orang lain sedang lakukan. Kanak-kanak autistik juga sukar memahami bahasa badan dan juga ekspresi orang lain. Sebab itulah mereka tidak dapat mentafsir dengan tepat perasaan orang lain dan kerap memberi tindak balas yang tidak sesuai atau salah.
Kanak-kanak istimewa ini perlu diberi bimbingan dan dorongan untuk meningkatkan tingkah laku positif dan mengurangkan tingkah laku yang kurang sesuai. Mereka perlu diberi peluang bergaul dengan rakan sebaya lain yang bukan istimewa supaya mereka dapat belajar bergaul dan mempelajari kemahiran social yang dijangka berlaku dalam situasi sebenar.sesuatu kemahiran social seperti berbual misalnya, memerlukan penguasaan beberapa kemahiran seperti hubungan mata, bahasa badan yang bermakna, nada dan intonasi suara yang sesuai, dan kemahiran menyoal dan menjawab soalan. Apabila individu ini mengalami masalah dalam kemahiran social, maka mereka perlu diperkenalkan dengan kemahiran yang mudah yang diperlukan sebelum diperkenalkan kepada tingkah laku yang lebih kompleks.

5.Perkembangan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas
Setiap seorang kanak-kanak mempunyai perkembangan yang unik. Semua kanak-kanak dijangka untuk bergaul dengan persekitaran pada tahap umur yang sesuai. Berdasarkan perkembangan kanak-kanak ia melibatkan pemerhatian samada seseorang kanak-kanak itu telah mengusai perkembangan pada peringkat umur yang ditentukan.
Adam and Katrina, both four years old, have been diagnosed with an Autistic Spectrum Disorder, Adam has developed age appropriate verbal skills, but he has trouble holding a crayon and copying shapes. He falls often when plays. Katrina is mostly non- verbal, yet she has no trouble running around the playground and she loves to draw pictures.
Kita dapat mengatakan samada kanak-kanak itu istimewa berdasarkan perkembangannya dari segi fizikal dan motor(physical and motor development), perkembangan kognitif (cognitive development), perkembangan bahasa(language), deria(sense), perkembangan social dan emosi(social and emotional development) dan perkembangan penyesuaian (adaptive development).
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran disleksia, mereka gagal mengusai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja dan mengira. Kesilapan semasa membaca huruf atau nombor (baca terbalik).
Contohnya 15 dengan 51
“was” dengan “saw”
“b” dengan “d”
Punca disleksia adalah disebabkan keturunan atau genetik. Dalam kebanyakan kes terdapat ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama, cuma yang membezakan ialah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah dibuktikan disleksia adala disebabkan ole kromosom 15,1 dan 16 yang diperturunkan secara turun temurun.
Kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar. Terdapat juga kanak-kanak yang lambat perkembangan pada bahagian tertentu dalam sistem saraf. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.
Kanak–kanak autisme adalah kategori ketidakupayaan yang dikaitkan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan diri dan perilaku. Kanak-kanak autisme ini sering menimbulkan kekeliruan bagi penjaganya kerana mereka kelihatan normal tetapi memaparkan tingkah laku dan pola perkembangan yang berbeza. Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan, sama ada mereka menghadapi masalah atau mereka lebih maju. Teori mengatakan faktor genetik memainkan peranan penting,pemakanan yang tidak berzat,pendarahan, keracunan juga mempengaruhi pertumbuhan sel otak .
Kanak-kanak biasanya aktif dan mempunyai daya tumpuan yang singkat. Terdapat kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD(kecelaruan hiperaktif kurang upaya tumpuan). ADHD biasanya wujud bersama gejala tentangan dan bantahan (Oppositional Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil,keras kepala dan pemarah. Masalah harga diri berlaku kerana kesusahan di sekolah , rumah dan rakan. Masalah pembelajaran sering berlaku kerana tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

Guru yang efektif adalah individu yang sentiasa memperdalamkan kemahiran dalam pengajaran bagi membolehkan kanak-kanak istimewa mendapat hasil dari pengajarannya. Tidak semua teknik berkesan untuk semua murid dan guru perlu menggunakan variasi teknik bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.

Kesimpulan
Semua keadaan yang dinyatakan ini mesti difikirkan jika seseorang kanak - kanak itu mengalami masalah pembelajaran di sekolah. Ibu bapa haruslah bekerjasama dengan guru serta doktor untuk memastikan yang anak mereka dapat mencapai potensi dengan seberapa daya. Keadaan seperti masalah pembelajaran khusus dan kekekokan memerlukan galakan serta perasaan timbang rasa dari guru - guru dan diberi kurikulum khas. Ramai kanak - kanak seperti ini akan tidak dapat dikenalpasti di sekolah kerana kekurangan para profesyenal yang boleh membuat penilaian menyeluruh ke atas kanak - kanak ini serta merancangkan sesuatu kurikulum yang khas bagi mereka.

Walau bagaimanapun, di Malaysia konsep ‘Masalah Pembelajaran Spesifik’ masih sangat baru dan pihak yang sering dipertanggungjawabkan dengan tugas ini adalah para guru, terutamanya guru sekolah rendah. Sehubungan itu, kepentingan meningkatkan pengetahuan para guru berkenaan murid berkeperluan khas tidak dapat disangkal lagi.


Rujukan

Attwood, T. (2002). Methods of Teaching Maths to Children with Dyscalculia. Corby : First and Best in Education.
Chinn, S., & Ashcroft A. (2006). Mathematics for Dyslexics :Including Dyscalculia. Willey.
Jamila K.A. Mohamed, (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Bentong : PTS Professional Publishing.
Kay Mathieson (2007).Identifying Special Needs in the Early Years.London : Paul Chapman Publishing
Marian Halliwell(2003).Supporting Children with Special Education Needs. London : David Fulton Publishers Ltd
Mohamad Daud Hamzah (1994). Perkembangan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur : Utusan Publications.
Richard M. Gargiulo, Jenifer (2000). Young Children with special Needs. United States of America Delmar Publishers
Sheila Devaraj, & Samsilah Roslan, (2006). Apa Itu Disleksia. Batu Caves:PTS Professional Publishing.
Universiti Terbuka Malaysia. (2006). Buku Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran. Kuala Lumpur.

famous discalculics