Artikel : Learning Outcomes 3 : Analyze information concerning the systematic instruction of children with special needs at the primary level.

Bagaimana guru membantu kanak-kanak di dalam kelas?
Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam membantu kanak-kanak disleksia selain dari kaedah dan teknik mengajar. Antaranya adalah:
• Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas.
• Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas.
• Tulisan guru mestilah terang dan jelas.
• Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka.
• Berikan kelonggaran kepada mereka.
• Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan.
• Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak.
• Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanak-kanak bermasalah itu membaca secara fonetik.
• Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapi bantulah dia.
• Sediakan bahan pengajaran yang baik.
• Gunakan aplikasi teori Gestalt.
• Tekankan ke atas pengamatan butiran.
• Konsep kedudukan dan orientasi huruf.
• Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.
• Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca.

Prosedur pengajaran kepada kanak-kanak disleksia pandangan yang tidak dapat belajar melalui gambaran pandangan kerana tidak dapat mengait perkataan dengan makna dan tidak dapat mengekalkan ingatan tentang imej sesuatu perkataan ialah melalui kaedah pengajaran fonetik/ linguistik di mana kaedah ini bukan sahaja menekankan bacaan dan ejaan tetapi juga cara menulis dan menggabungkan perkataan, ayat dan idea-idea agar ianya bermakna dan logik. Oleh itu guru perlulah mempunyai pengetahuan yang luas dalam fonetik dan linguistik. Antara kaedah fonetik dalam pengajaran adalah melalui:
• Ajar nama dan huruf bunyi.
• Ajar huruf yang bermula dengan setiap bunyi.
• Ajar mengenal huruf berdasarkan bunyi.
• Ajar perkataan bunyi huruf.
• Pengadunan bunyi membentuk perkataan yang bermakna.
• Mengelompokkan perkataan dalam huruf yang sama.
• Perkenalkan adunan bunyi dua huruf konsonan.
• Perkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vocal.
• Perkenalkan ayat, perenggan dan cerita yang senang dan pendek.

1 Comment to "Artikel : Learning Outcomes 3 : Analyze information concerning the systematic instruction of children with special needs at the primary level."

  1. Dari semasa ke semasa, guru berhadapan dengan murid-murid yang bermasalah pembelajaran, apatah lagi bagi guru pendidikan khas. namun begitu, tidak dapat dinafikan masih ramai guru yang kurang mengetahui bagaimana murid itu perlu dibantu bagi memastikan ia berjaya di dalam kelas. kebiasaannya pelbagai teknik dan cadangan yang diberi, namun mereka perlu membuat penyesuaian kerana setiap murid adalah berbeza. tidak semua teknik berkesan untuk semua murid dan guru perlu menggunakan pelbagai variasi teknik bagi membentuk persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif bagi membantu murid dengan keperluan khas.
    Guru yang efektif adalah individu yang sentiasa memperdalamkan kemahiran dalam pengajaran bagi membolehkan pengajaran memberi faedah kepada murid khas yang mendapat hasil daripada pengajaran itu. keberkesanan guru dapat dilihat dalam dua dimensi iaitu jumlah objektif pembelajaran yang dicapai oleh murid dan corak pengajaran yang dikaitkan dengan pembelajaran seperti masa, tenaga dan usaha yang dicurahkan oleh guru.
    Semakin banyak yang dicapai oleh murid khas, semakin berkesan pengajaran guru itu. ini bermakna guru yang efektif bukan sahaja membantu murid khas mencapai objektif pembelajaran tetapi juga memperkembangkan kemahiran yang perlu ada pada murid khas.

Post a Comment