Artikel : Learning outcomes 4 : Design appropriate intervention programmes to remediate children's mathematical errors.

INTERVENSI AWAL
Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan potensi diri mereka.
Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur, dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga prasekolah. Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004).
Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah individu memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selain itu, dalam sesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan dilaksanakan untuknya. Di samping itu, komunikasi bantuan atau komunikasi alternatif yang melibatkan berbagai-bagai pendekatan dan ada juga menggunakan perkembangan teknologi baru. Di antaranya adalah seperti menggunakan bahasa isyarat, alat-alat latihan komunikasi yang dicipta khas, penggunaan teknologi komputer dan sebagainya. Manakala bagi kanak-kanak yang autistik pula menggunakan rawatan perubatan untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif. Selain itu, pengambilan vitamiun B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan kesedaran dan tumpuan perhatian bagi kanak-kanak autistik.
Selain itu, intervensi awal ini dapat memberi perhatian kepada ibu bapa, latar belakang dan persekitaran. Individu yang terlibat dalam intervensi seperti ibu bapa, guru, atau ahli terapi menggunakan dorongan semula jadi kanak-kanak untuk bercakap perkara yang mereka sedang lakukan, merancang untuk lakukan atau permainan yang disukai. Selain itu, intervensi dijalankan semasa murid sedang makan, bermain, atau ketika berada di restoran makanan segera untuk menggalakkan mereka bertutur dan menggunakan bahasa dengan betul. Manakala perkhidmatan intervensi awal sangat penting bagi kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami. Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal sememangnya dibentuk bagi memenuhi keperluan individu kanak-kanak autistik termasuklah pendidikan terancang. Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu bapa, perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa dan pertuturan.
Intervensi awal juga dapat memberi peluang kanak-kanak belajar kemahiran asas. Kanak-kanak berpeluang untuk belajar kemahiran asas dan memenuhi keperluan dalam bidang-bidang kemahiran sosial, kemahiran urus diri, komunikasi dan pengurusan tingkah laku. Di Malaysia, program intervensi kanak-kanak autism dilaksanakan melalui program pra sekolah. Terlebih dahulu bagi memastikan mereka bersedia untuk ditempatkan dalam Tahun satu. Di sini, kemahiran urus diri dan pengurusan tingkah laku diutamakan selain pengenalan kepada asas mata pelajaran bahasa Melayu, Agama dan Moral, dan Matematik. Di samping itu, guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya.

1 Comment to "Artikel : Learning outcomes 4 : Design appropriate intervention programmes to remediate children's mathematical errors."

  1. Trend ke arah intervensi awal menjadikan keluarga lebih penting. kebanyakan intervensi bagi kanak-kanak kecil menuju ke arah mengubah persekitaran keluarga dan latihan kepada ibu bapa mengajar anak-anak ataupun sekurang-kurangnya menggalakkan interaksi antara ibu bapa dengan anak menjadi lebih konstruktif. di samping keluarga, persekitaran-persekitaran lain yang berkaitan dengan kanak-kanak khas adalah sekolah, jiran, masyarakat yang lebih besar, meliputi pihak kerajaan yang menentukan undang-undang sama ada kanak-kanak khas memerlukan sumber ataupun diberi peluang untuk berjaya dalam masyarakat.

Post a Comment