Artikel : Learning Outcomes 5 : Analyze new developments in teaching mathematics to dyslexic and dyscalculia pupils.

Kaedah-kaedah Pengajaran Khas Matematik
1. Pengenalpastian masalah matematik dan tahap kebolehan pelajar
• Pemerhatian : daripada pemerhatian, guru dapat mengenal pasti masalah pembelajaran murid melalui tingkah laku dan penglibatan murid dalam aktiviti P&P Matematik.
• Ujian Kertas dan Pensel :
1. Ujian saringan – untuk mengesan murid pemulihan.
2. Ujian diagnostik untuk mengenal pasti punca masalah / mengesan kemahiran tertentu yang belum dikuasai oleh pelajar.
3. Ujian formatif – untuk mengesan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid setelah sesuatu kemahiran diajar.
4. Ujian sumatif – untuk mengetahui sejauh mana penguasaan murid selepas sesuatu unit atau tajuk pengajaran telah dilakukan.
5. Latihan harian.
6. Soal jawab
7. Pentaksiran rekod prestasi
8. Rekod profil dan kesihatan
2. Pengaplikasian teknik khas dalam pengajaran matematik
i. Teknik penyoalan
• Lisan.
• Bahasa yang digunakan mestilah boleh difahami
• Soalan mesti tepat dan cepat, mendorong pelajar berfikir.
• Soalan hendaklah bertumpu dan bercapah.
• Soal mengikut aras murid dalam kemahiran yang sama.
ii. Teknik permainan – kooperatif, berkumpulan, berpasangan, individu,
• Antara perkara yang perlu diambil kira dalam teknik ini ialah permainan tersebut dapat menguatkan kemahiran menyusun nombor, menguatkan kemahiran operasi nombor, menguatkan kemahiran operasi tambah dan tolak
iii. Teknik tunjuk cara
iv. Teknik latih tubi (pengulangan fakta)
• Lisan – congak
• Bertulis – lembaran kerja
• Membolehkan pelajar mendengar dan melihat serta membantu merangsang minda pelajar berfikir untuk memproses fakta dan menjawab soalan.
v. Teknik main peranan
vi. Teknik bercerita
vii. Teknik inkuiri penemuan
viii. Teknik kuiz

1 Comment to "Artikel : Learning Outcomes 5 : Analyze new developments in teaching mathematics to dyslexic and dyscalculia pupils."

  1. Masalah kognitif yang menyebabkan naka-kanak disleksia menghadapi kesukaran membaca sebenarnya turut mengganggu penguasaan mereka pada kemahiran-kemahiran dalam matematik. tambahan pula, bahan penagajaran matematik untuk kanak-kanak disleksia tidak banyak, berbanding bahan pengajaran membaca dan menulis.
    sehubungan itu, apabila seseorang kanak-kanak disleksia menghadapi masalah dengan matematik, guru itu perlu menggunakan sikap dan pendekatan yang berbeza ketika mengajar.
    ibu bapa perlu melibatkan kanak-kanak itu dalam pelbagai aktiviti yang mengandungi pengiraan seperti menyusun pinggan di atas meja, mengambil sudu dalam jumlah yang betul untuk pinggan di atas meja, ataupun mengambil barang-barang dalam kuantiti tertentu. bagi kanak-kanak yang lebih dewasa, mereka digalakkan membeli barang-barang daripada kedai dalam bilangan tertentu ataupun membantu membuat masakan yang mudah dengan menyukat bahan-bahan yang diperlukan. dengan cara ini, nombor menjadi sebahagian daripada kehidupan dan bukannya sesuatu yang kita jumpa hanya ketika kita duduk "belajar".

Post a Comment